London, UK - Selasa, 2 April 2024 - ICM.com, penyedia perkhidmatan kewangan berpangkalan di UK yang mempunyai berbilang kawal selia, dan Swisspod Technologies, sebuah syarikat Switzerland-Amerika yang merintis teknologi Hyperloop, mengumumkan perkongsian strategik yang menandakan satu langkah penting ke arah merevolusikan pengangkutan global.
Demi komitmen untuk memupuk inovasi dan kemampanan, ICM.com dan Swisspod berganding bahu untuk membentuk dunia yang lebih berhubung dan mementingkan alam sekitar. Dengan menggabungkan sumber, ilmu pengetahuan dan inovasi, kedua-dua syarikat ini menyasarkan untuk mempercepatkan pembangunan dan penggunaan teknologi hyperloop secara global, dan membuka peluang baharu untuk pertumbuhan ekonomi dan kemajuan masyarakat.
Perkongsian ini mewakili sinergi dalam kepakaran kewangan dan teknologi yang maju, serta didorong oleh nilai-nilai dan visi bersama yang kukuh untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Ia menekankan bukan sahaja manfaat bersama, tetapi juga potensi transformatif yang merevolusikan pengangkutan untuk menjadikannya lebih pantas, lebih selamat dan lebih mampan.
ICM.com membawakan pengalaman luas dalam perkhidmatan kewangan dan pelaburan, penting dalam memacu kemajuan dan pengkomersilan teknologi hyperloop. Keputusan syarikat ini untuk melabur dalam sistem transit futuristik sejajar dengan komitmennya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan dagangan termaju kepada pelbagai pelanggan di seluruh dunia.
Bagi ICM.com, perkongsian ini bukan sahaja menyerlahkan semangat perintis syarikat tetapi juga menekankan komitmennya untuk menerima teknologi inovatif yang memupuk dunia yang lebih bersambung. Dengan perkembangannya yang pesat dan kehadirannya merentasi pelbagai wilayah, ICM.com telah mengenalpasti potensi transformatif solusi hyperloop dalam merevolusikan pengangkutan pada skala global.
"ICM.com sangat teruja untuk memulakan perjalanan transformatif ini dengan Swisspod," kata Shoaib Abedi, Pengasas ICM.com. "Perkongsian ini adalah bukti komitmen kami terhadap masa depan yang inovatif. Selaras dengan kemajuan Swisspod yang bakal mencetuskan perubahan, objektif kami adalah untuk mewujudkan dunia yang lebih mampan dan bersambung. Di ICM.com, kami proaktif mencari peluang untuk memberi impak yang bermakna kepada dunia secara global."
Bagi Swisspod, kerjasama dengan ICM.com menandakan lonjakan ke era inovasi baharu dan kemajuan dalam pengangkutan berkelajuan tinggi. Dengan akses kepada sumber penting untuk pembangunan dan penyelidikan, Swisspod kian maju dalam misinya untuk menjadi perintis teknologi hyperloop, menghampiri kejayaan dalam melakukan Perjalanan Hyperloop 1-Jam yang pertama di dunia di Switzerland. Selain sokongan kewangan, Swisspod memperoleh bimbingan strategik daripada ICM.com, memperkasakan syarikat dengan pandangan jauh ke dalam perancangan jangka panjang dan dinamik pasaran. Perkongsian ini meneguhkan lagi kredibiliti Swisspod dan menarik sokongan pelabur yang kukuh, menguatkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam industri ini.
"Pakatan strategik di antara Swisspod dan ICM bukan sekadar perkongsian, tetapi penumpuan visi dan nilai bersama. Ia selaras dengan komitmen kedua-dua syarikat untuk menerokai sempadan kebolehan dan memacu inovasi pada skala global. Kekuatan kewangan dan pandangan strategik ICM akan membantu mempercepatkan kemajuan kami dengan ketara, membawa kami lebih dekat kepada masa depan di mana teknologi hyperloop mengubah cara kami berhubung. Kami yakin bahawa kerjasama kami akan membawa kepada kemajuan yang luar biasa dalam bidang pengangkutan berkelajuan tinggi, yang akhirnya memberi manfaat kepada komuniti, perniagaan, alam sekitar dan dunia secara umum.” kata Denis Tudor, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Swisspod.
Pencapaian luar biasa Swisspod termasuk mewujudkan infrastruktur hyperloop yang beroperasi pertama di Eropah serta usaha ujian berterusan, dan kemajuan secara terus-menerus dalam membina hab hyperloop berskala penuh pertama di dunia, yang direka untuk misi jarak jauh di AS.
Dengan sokongan daripada Kerajaan Switzerland, termasuk dua geran daripada Innosuisse, Swisspod bersedia untuk mengekalkan trajektori menaiknya, mendorong kemajuan penyelesaian pengangkutan berkelajuan tinggi yang mampan ke masa hadapan. Selain itu, syarikat itu telah mengukuhkan komitmennya terhadap inovasi melalui ‘Memorandum of Understanding’ yang ditandatangani oleh kedua-dua Kerajaan Switzerland dan India, bersama TuTr Hyperloop. Bersama-sama, mereka memberi tumpuan kepada pembangunan dan penggunaan teknologi hyperloop di India, menandakan satu langkah penting bagi masa depan pengangkutan.
Sebagai peneraju dalam bidang mereka, ICM.com dan Swisspod bersedia untuk menerajui masa depan yang lebih hijau, lebih terhubung, membentuk semula landskap pengangkutan, memacu inovasi, kemampanan dan kemakmuran untuk generasi yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.swisspod.com dan ikuti Swisspod di LinkedIn, Facebook, Instagram, X dan YouTube untuk mendapatkan perkembangan terkini.