Sumber

Trading-Central

Penyelidikan Global dengan Trading Central

ICM.com menawarkan akses kepada pakej analisis teknikal terkemuka daripada Trading Central yang mengenal pasti peluang perdagangan yang boleh digunakan secara waktu nyata untuk produk perdagangan paling popular kami. Semua pelanggan akaun demo dan akaun live boleh melihat Laporan Pasaran Harian kami, dan pedagang akaun live juga menerima butiran log masuk untuk mengakses Petunjuk MetaTrader 4 baru Trading Central dan Portal Berita Trading Central.

Petunjuk MetaTrader 4 boleh digunakan pada carta masa nyata untuk mengenal pasti peluang perdagangan, sementara Portal Berita menawarkan penyelidikan yang telah diiktiraf untuk menyokong pelanggan dalam membuat keputusan perdagangan yang lebih yakin.

Mengapa Trading Central?

Forecast-img

Data jangkaan & sejarah
secara langsung pada platform MT4.

 

Customisable filters img

Penapis yang boleh disesuaikan untuk
kandungan yang terpilih.

 

Transparent img

Kandungan pendidikan
dan telus.

 

Trading Opportunities img

Peluang Perdagangan dikenal pasti melalui
beberapa petunjuk secara serentak.

 

Buletin

Trading Central adalah firma penyelidikan pasaran diiktiraf yang menyediakan Laporan Pasaran Harian meliputi analisis teknikal untuk forex, logam berharga dan minyak kepada klien ICM. Daftar hari ini dan terima berita terkini dari seluruh dunia terus ke e-mel anda dua kali sehari.

Kami percaya dengan menyediakan penyelidikan berdasarkan peristiwa dan analisis teknikal sepanjang hari perdagangan mereka memainkan peranan penting dalam membantu mereka membuat keputusan perdagangan yang berpendidikan. Berita ini sesuai untuk semua jenis gaya perdagangan, dari perdagangan harian hingga perdagangan jangka panjang dan merangkumi produk-produk paling popular kami.

Laporan Pasaran Harian disediakan secara percuma kepada klien ICM.com.

 

Portal Berita

Alat analisis Trading Central membolehkan klien mengakses penyelidikan dengan cepat mengenai Forex, Logam Berharga dan Minyak terus dari komputer riba atau telefon bimbit mereka. Pakar penyelidikan yang diiktiraf telah mencipta perisian analisis carta ini untuk membolehkan klien membuat keputusan perdagangan yang lebih yakin. Klien Akaun Live boleh menggunakan perisian ini untuk:

  • Mengenal pasti peluang perdagangan
  • Mengesahkan strategi perdagangan
  • Membangunkan pelan perdagangan
  • Memahami analisis teknikal lebih lanjut
  • Mengenal pasti corak
  • Menjangkakan trend dan pergerakan harga
  • Mengawasi arah pasaran, sasaran harga dan tahap pengurusan risiko

Portal Berita disediakan secara percuma kepada klien ICM.com.

Trading Central Portal

Petunjuk MT4

Selain daripada Laporan Pasaran Harian kami, klien Akaun Live mempunyai akses kepada analisis secara langsung dengan platform perdagangan MetaTrader 4 kami. Plugin MetaTrader 4 yang unik ini direka untuk membolehkan klien Akaun Live melihat strategi dan petunjuk secara langsung pada carta masa nyata. Untuk menggunakan Petunjuk MT4 Trading Central, klien hanya perlu memuat turunnya ke platform mereka. Setelah dipasang, mereka boleh memilihnya dari senarai "Custom Indicators" dan melaksanakan analisis pada bingkai masa yang tersedia.

Petunjuk MT4 disediakan secara percuma kepada klien Akaun Live ICM.

MUAT TURUN PANDUAN PENGGUNA

 

 

MT4 Indicator

Petunjuk TC Adaptive: Revolusi Pencartaan

Di ICM, kami menyokong anda untuk membuat keputusan perdagangan yang berilmu. Oleh itu, kami menawarkan set petunjuk Trading Central yang berbeza untuk digunakan pada akaun MT4 anda.

ALPHA GENERATION menyediakan pengguna dengan alat inovatif yang akan membantu meningkatkan pulangan pelaburan mereka dengan risiko yang diselaraskan.

INDICATORS LAB memberikan akses kepada petunjuk yang kami fikir akan berguna bagi mereka yang menggunakan sistem perdagangan sendiri, pengujian kembali dan mencari petunjuk pemikiran luar kotak.

RISK MANAGEMENT memberikan pengguna dua alat hebat untuk membantu mereka menguruskan risiko dengan minimal dalam pasaran yang bergejolak.

Semua petunjuk boleh dimuat turun secara percuma dan akan diaktifkan secara automatik untuk pemegang Akaun Live di ICM.

 

Analisis Multiaset Ringkas

Kami menyediakan asas terkini dengan pendapat yang boleh dimanfaatkan dengan gabungan model global makro atas-ke-bawah, ulasan penganalisis dan pergerakan harga di sepanjang carta intraday, harian, mingguan dan bulanan. Log masuk ke akaun ICM Access anda dan lihat analisis multiaset ringkas lagi padat dan idea perdagangan, semuanya disokong oleh pasukan Penganalisis Teknikal institusi yang diiktiraf dalam industri.

  • Merangkumi Forex, Saham, Komoditi dan Indeks
  • Bar carian untuk mendapatkan idea
  • Tersedia dalam Bahasa Inggeris, Arab, Melayu.

Pandangan penganalis disediakan secara percuma kepada klien Akaun Live ICM.

Concise Multi-Asset Analysis
    CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
    Baca selanjutnya
    E-mel Hubungi Chat Whatsapp